Tuesday, October 20, 2009

Ntah ar... Part 2

Setujukah kamu sekiranya aku nyatakan bahawa MENERIMA kenyataan dan MENGHADAPI kenyataan itu adalah dua perkara yang berlainan sama sekali?

MENERIMA kenyataan itu sungguh mudah... semudah kalian mengatakan "c'mon...u have to move on... u'll get over it"... dan mudah juga untuk aku terima kenyataan tersebut dgn mengatakan kepada diri aku sendiri, "ok Fadzrul... yang nyata dia bukan untuk kamu, masa kamu belum tiba lagi... kalo benar itulah jodoh kamu, biar langit menjadi hijau sekalipun, biar biar gunung luluh berkecaian sekalipun, tiada siapa yg dpt mengubah dan menafikan itu".... maka tiada lagi pengharapan akan dibuat... dan hidupku perlu diteruskan seperti biasa....

akan tetapi, segagah mana pula kudrat aku untuk MENGHADAPI kenyataan itu? Bagaimana pula harus berdepan dgn ingatan2 dan memori yang sememangnyer masih segar... Aku seorang yang amat detail dan pemerhatian yang sgt menyeluruh... itu yang aku tau mengenai diri aku... dan Tuhan telah mengurniakan ingatan yang kuat. Tetapi aku bukannya robot yang mampu membenarkan segala memori dan ingatan itu terus bermain di dalam kotak fikiran ku tanpa aku melahirkan apa2 perasaan... aku juga manusia! Dahulunya memori2 itulah yang aku ingin simpan dan kenang sampai bila2 kerana sungguh membahagiakan dan mampu membuatkan aku terbang girang... tapi kini ia membuatkan aku seakan lemas... nafasku seolah sesak.... ambillah pisau yang paling tajam... rodok lah dada mu berkali2 sehingga kamu puas... nah~!! itu lah perasaan yg melanda diriku sekarang dan perasaan itu bukannya best~!!!!

No comments:

Post a Comment