Tuesday, October 27, 2009

Monolog diri...

Arghhh.... sungguh keji soalan itu.... sesi monolog yang sungguh keji...hahaha

Mengambil masa yang agak lama untuk aku menjawab kembali soalan yang ditanya oleh diriku sendiri.....

"Apekah yang kamu rasa sekarang?" "Apakah yg kamu rasa bila melihat org2 yang pernah membahagiakan kamu dan kini bahagia bersama org lain sedang kamu pula yg tercari2 bahagia kamu sendiri walhal rasa itu yang sentiasa kamu beri pada org lain dulu?" "Adakah kamu rasa dunia ini adil terhadap kamu?" (bahasa mudahnye, ko xrase diri ko ni keji ke bila tau minah ni kawen?)

aku menjawab, "murahan"... itu kata yang tepat... bahagia mereka itu bahagia yang murahan! kerana aku tau harga yang perlu aku bayar untuk mendapat bahagia itu, dan harganya bukanlah murah.... tapi bukan pula aku mendoakan bahagia mereka terhenti di tgh jalan...

Adil? bagi aku (dan aku rase kamu juga begitu) dunia ini tak pernah berlaku adil.... Kalo dunia ini adil, takkan aku lahir ke dunia ni dulu dlm keadaan menangis... sgale ketidakadilan itu dah diceritakan kepada roh aku terlebih dahulu dan lantas keluar aku dari rahim ibuku dgn mata yg tidak sanggup melihat kezaliman dunia, teriakkan kesedihan dan jugak jemari2 halus tergenggam erat yang memegang amanah..... nahhhhhh... jawapan itu sudah cukup utk membuat diriku yg keji itu terdiam.... terbaik wahai apat~!

No comments:

Post a Comment