Tuesday, October 20, 2009

Ntah ar... Part 3

Kalo ade yg bertanya apa yang aku rasa pada masa itu, aku tak mampu nak memberikan istilah yang tepat....

Tapi kini aku faham akan apa yg diri aku lalui dan alami pada masa itu... Keadaan yang dihadapi oleh seorang lelaki yang telah kehilangan sebahagian drpd nyawanya,hidupnya, masa depannya, masa silamnya, kegembiraannya, usahanya dan jugak keringatnya.... paling teruk ialah rasa dikhianat.... tapi dulu aku lupa yang segala ini dah diceritakan dulu kepada aku sebelum aku keluar dr rahim ibuku... di sini aku cuma pelakon yang jalan ceritanya dah ditentukan awal2... Semoga aku tetap tabah untuk terus diuji seblom aku menemui bahagia yang sebenar....ya,aku sanggup!

Ketika itu aku terus angau dilambung bahagia dgn menganggap matlamat yang selama ini aku kejar cuma tinggal sejengkal seblom dpt aku genggam erat... ya... "dia" adalah matlamat aku,dan dialah motivasi ku... tidak tergambar langsung akan kemungkinan untuk gagal itu akan berlaku...dan ironinya aku sendiri yang menggagalkan...

Timbul pelbagai soalan "untuk apa seblom ini aku ....... jika endingnya gagal?" sekarang aku faham... gagal sekali tak bermakna tak akan gagal lagi...

Tentu ada yg mempertikaikan sehebat mana "dia" itu sehingga aku berani mengangkat dia sebagai sebahagian dari nyawaku, masa depan ku, dan kegembiraanku? Peringkat untuk mencari sesuatu yang bermakna bagi diri aku sendiri dah lama berakhir... dgn kata mudah, "aku dah puas meghoncah".... berbekalkan lesen yg diperolehi dr ibuku, aku bebas nak berbuat apa2, dan aku rasa aku dah menggunakan sepenuh kebebasan dan kepercayaan yang diberi... "ko nak wat ape ke, ko nak pegi mane sekali pon, janji pikir dulu pakai otak ko, jgn main dadah,jgn rosakkan anak dara org, dan jgn nyusahkan org lain~!!".....

Akan tiba satu peringkat di mana kita lupa akan siapa diri kita... terasa jiwa kosong...dan kekosongan itu di isi oleh "dia"... semuanya dikongsi.... malah semuanya utk dia... dia gembira maka gembiralah aku.... ibarat dunia ni ada kami berdua jer... tapi aku silap... dunia ni bukan utk aku dan dia jer....

No comments:

Post a Comment