Friday, February 13, 2009

Katak oh katak... (xder kaitan ngan politik)



Hidup kita ni bolehlar diibaratkan..err silap perkataan! Hidup kita ni bolehlah disamakan macam hidup seekor katak. Sebenarnya xpayah amik katak sebagai contoh. Semua benda pon sama ngan kita sbb masing-masing ada putaran hidup kita sendiri. Cumer aku amik katak sebagai contoh sebab ramai yg geli ngan katak. Hidup katak ni bermula dari telur yang jadik berudu dalam sebuah kolam/tasik. Samalah maca kita jugak. 9 bulan 10 hari kita lepak kat dalam perut mak kita tu, pastu cukup masa kitapon dilahirkan. Tapi bukan pasal kejadian katak ni yg aku nak bagitau..nak wat hape? Dlm buku teks sains pon ader!! Cumer kitaran hidup katak ni yg kita boleh perhatikan....mula2 berudu tu lahir dan kemudian dia berenang2 kat dalam kolam tu. Kolam tu adalah dunia bagi seekor berudu. Biler berudu tu berenang2, berudu tu ingat yg dia dah tengok betapa luasnyer dunianya!! Pastu biler berudu tu membesar menjadi seekor katak, katak tupon dah boleh keluar dari kolam tersebut dan melompat-lompat disekitar kolam/tasik tu...baru katak tu tahu yg dunia ni sebenarnya lagi luas...katak tu ingat itulah keluasan dunia yg sebenar, dia dah boleh teroka kesemuanya...tapi katak tu xtau yang burung-burung kat atas langit tu dah terbang lagi jauh daripada katak tu sendiri....
Sama lah jugak macam manusia ni.....lepas kita masok sekolah rendah, kita masok sekolah menengah. Biler time form5 dulu kita ingat yg kita ni dah cukup otai, dah cukup besar.. tapi biler kita masok kat poli ni, kita kembali menjadi junior. Kita ingat kita dah cukup pandai, tapi kita luper yg ader orang lain yg lagi pandai dari kita. Dunia ni mmg luas giler!! Banyak sgt benda yang kita tak tau dan kita sendiri yang kene explore. Dunia ni ada macam2 jenis manusia. Macam maner kita nak belajar untuk hidup, nak tambahkan pengetahuan kalo kita hanya bersama ngan orang yang sebaya ngan kita? Bukan maksud aku nak mengutuk atau mengata...dari zaman sekolah sampai lar kat poli ni...kita asyik bergaul bersama rakan sebaya kita sahaja...tapi time kita kerja nanti, bukan semua orang kat ofis tu yang sebaya ngan kita. Kita kene tahu mcm maner nak behave dan sesuai kan diri ngan orang2 yang macam tu... ini adalah pengalaman aku sendiri.. kalo ader 10 orang yang kita jumpa, masing-masing mempunyai tahap pemikiran yang berbeza. Politik kat ofis bukan senang nak kita atasi. Kita nak kene compete dan bersaing ngan orang yang jauh lagi tua drpd kita untuk kita naik pangkat, untuk kita jaga periuk nasik kita tanpa menjejaskan orang lain. Tapi selalunyer orang lain yg nak menjatuhkan kita. Kita yang harus memikirkan bagaimana kita nak atasi sumer tu. kita tak tahu aper yang ader dalam pemikiran seseorang tu, tapi at least kita boleh cuber untuk mengagak aper yang sdg diorang tu fikirkan dan kita membuat tindakan sendiri.

Kadang2 orang tua ni, percakapannyer ader banyak maksud dan kita xboleh nak terimer buta2 dari aper yg diperkatakannyer. Dia nak lastik burung B ni, tapi sekali dia lastik, burung B dan burung A yg tgh lepak kat dahan atas tu pon kene sekali. Mak kita marah kat bapak kita sebab balik opis lambat, tapi kita gak yg kene marah sekali. Menantu ni marah kat mak mertua dia sbb makan tak tau nak basuh pinggan, tapi menantu ni membebel kat anak dier sendiri.. tapi mak mertua tu tahu arr yg menantu tu tgh marah kat dier sendiri....

huhuhuhu... -_-"

No comments:

Post a Comment